Thursday, November 29, 2007

Optimis

"ko ni kan terlalu optimis bila sebut hal kahwin"


iniler kata2 seorg kawan kepada sy. kami berbahas pasal isu kahwin dia cuba nak kenalkan seorg duda anak 4 yang baru bercerai tak sampai setahun kpd sy. katanya lagi duda ini seorg yg berjaya, berkulit putih, rendah katanya lagi kalau sy nak bercakap dgn sang duda tak payah mendongak! cukup detail explanation pasal fizikal sang duda tapi sy jawapan sy ringkas TAKPER! then kawan sy tanya lagi org yg macam mana sy pilih...
Bukan status yg ku pandang (tapi kalau laki org nauzubillah...)bukan kekayaan yg kupilih bukan warna kulit or kependekkan yg ku dongak tapi keserasian yg kucari...!
kepada KawanKu itu rentikanlah cari jodoh untuk aku....pikirkan untuk diri sendiri sudah..tak perlu pikir untuk diri aku. Aku tahu jalan mana nak aku tempuh jalan sempit ka jalan bukit bukau ka gunung ganang ka, highway ka, federal highway ka!

Wednesday, November 28, 2007

Serba Salah


aiehhh arini rasa mcm serba tak kena, duduk salah berdiri salah...semuanya serba salah......bila sy diam dikata sombong bila sy bercakap dikata kasar aka cakap lepas bila sy formal macam serius bila sy jokes dikata mengarut....bila tak dihubungi dikata lupa kawan bila dihubungi dikata untuk menyakiti hati kawan...payahh sungguh!

Monday, November 19, 2007

Happy Birthday

Tanggal 21 Nov harijadi sahabat saya yang ke rasanya 18 kot hahhaha....dah 13 tahun kami berkawan dan sepanjang 13 tahun dialah kawan kongsi untuk bersuka duka gelak tawa, kongsi air mata ...kawan berlawan tarik rambut, gusti lenggan dan juga kawan yang saya biarkan ditumbuk org giler semasa kami ronda2 di kawasan KOMTAR Penang muahahahhaha..kami sama2 menderita bila memulakan alam pekerjaan....tapi sekuat & setabah saya....kuat lagi dia dan selepas 13 tahun hari ini kejayaan demi kejayaan berpihak kepada sahabat saya sorg nih...sayalah manusia paling gembira mewar2kan kepada semua yang sahabat saya dah mengeluarkan novel sampai ada yang bertanya *novel ko ke yg kluar sampai ko gembira sgt nih*...ntahlah pada saat saya melihat novel sahabat saya tersandar di rak kedai2 buku terdetik bangga di hati saya...tak ada pon rasa cemburu...sbb saya tahu bakatnya sejak dari dulu lagi...*diari kuning* menjadi saksi ayat2 puitis, ayat2 gler meroyan, semua ada...pendek kata kadang2 rindu pulak suasana di kolej biler balik bilik tengok diari kuning ada kata2 semangat yang ditulis membuatkan saya tersenyum...skrg pon saya masih mengulang membaca nota2 dalam *diari kuning* dan masih lagi mampu membuatkan saya tersenyum sendirian... ada jugak kawan2 lain yang kata *wahh glamer kawan ko skrg?* saya cuma menjawab *rezeki tuhan nak bagi hasil susah payah dia* sekarang pon saya dah mula buat promosi untuk novel ke 2 Lynn Dayana .....ehh ALaf nak part time marketing tak?



Mungkin cerita antara kami banyak berbeza dalam tempoh 13 tahun ini dan untuk hari yang mendatang tapi sahabat tetap sahabat selagi hayat di kandung badan, PERSAHABATAN ini takkan putus ditelan masa INSYAALLAH....






SELAMAT HARI JADI WAHAI ROSLINDA MOHAMMAD (SENAH) SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA DI SISI DAN SEMANGAT SENTIASA MEMBARA....

Friday, November 16, 2007

Harapan Setinggi Langit Ke Tujuh

Bila berkunjung ke Blog Lynn Dayana akan berkumandang lagu yang ada bait2 lirik

And I hope you are the one I share my life with

And I wish that you could be the one I die with

And I pray in youre the one I build my home with

Tinggi sungguh harapan sampai kalau mati pon ingin bersama. Gitulah harapan seorang perempuan (A bukan nama sebenar) yang diceritakan oleh kawan saya . A yang berkejaya remarried tapi ditinggalkan suami (B lelaki BAHLOL) yg baru dikahwini tanpa khabar berita dan yang paling haru duit mas kahwin dalam bentuk cek rupanya cek tendang...pastu yang lagi sadis segala perbelanjaan masa nikah guna kad kredit si A. Si A pulak seblom nikah selalu bercerita kata bakal suami seorang millionaire...macamana dapat gelaran millionaire tak tau lah sampai nak menikah pon suruh perempuan yang tanggung...A ni pon ada sikap suka mengutuk suami teman2 sepejabat macam2 lah dikutuknya gemok lahh, pendek lahh, katik lahh pendek kata mulut dia mmg takdek insurans ikut sedap mulut..bila dah jadi kat dia terpaksalah berlakon kat ofis kata dia bahagia dengan suami yg hilang tanpa khabar berita tapi bila di rumah meraung sampai tak cukup air mata. Mana tak kering air mata dah lah laki hilang hutang pulak yang kena tanggung setinggi gunung! hilang millionaire muflis yang dapat.

Teringat pula kisah di blog kak Lily Haslina yang habis madu sepah dibuang, isteri pertama kering air mata bersusah payah untuk suami...bila dah senang cari yang lain...senang sungguh. Bila dengar kisah2 gini fobia pulak rasa tapi saya tahu tak semua lelaki jahat..

Moral: mulut tuh kalau ada duit lebih belilah insurans jangan sesedap mulut mengata orang bila dah kena kat batang idong sendiri barulah menangis sumbang mambang tak ada lagu - ini pengajaran paling berguna untuk A bukan nama sebenar.

Monday, November 12, 2007

Jalan-jalan Cari Pengantin

Hari sabtu (10/11/2007) saya, nito & cikitas ke Kampung Paya Jauh, Temerloh menghadiri majlis perkahwinan kawan zaman persekolahan menengah (Form 1 to Form 5) Mohd Faisal & Isteri. TETAPI yang paling best masa zaman sekolah saya & faisal tak pernah bercakap memandangkan kami berlainan kelas dan sekolah kami ada 12 kelas untuk satu batch..dan group saya zaman skolah pulak dikenali sbg group *GANAS* ini kata faisal ler....masa remaja tak pernah berkawan tapi sekarang boleh bersembang macam adik-beradik pulak...masa telah merubah segala-galanya. TAHNIAH untuk pengantin semoga kekal ke akhir hayat.

Seri wajah seorang Pengantin...

Wednesday, November 7, 2007

Bintang Singa





Singa antara binatang yang paling dominan dan selalu pulak dengar *ishh garang macam singa*.....aku pulak dibawah zodiak SINGA dan dah banyak kali dapat komen:-

1) ko nih garang lahh macam mana orang nak rapat
2) akak cuba lembut sikit..garang sangat takut orang lain
Betol ke perangai seseorang berkait dengan zodiak..ntahler wallahuaklam...tapi bagi aku kalau dah tahu ada sarang tebuan jangan ler gatal nak gi kacau...tak gitu!

Monday, November 5, 2007

Little Sumo Lahh...

Ammar pasrah!


Hi Girlss! dun u think I'm ensemm? anybody interested pls contact my lovely *toksu*! hahahha






inilah dia cucu sedara saya Ammar Firdouse umur baru 3 tahun tapi berat badan dah mencecah 17 kg...sihat memang sihat..payah nak kena demam, payah nak kena selesema dengan selera makan yg bila makan payah nak berenti...pantang tgk makanan mesti mintak nak makan...hobi dia selain makan mengusik sepupu perempuan yg sebaya dengan dia memang pantang lepa..mesti ada yang menangis....dahlah kuat makan bercakap pon boleh tahan keletahnya tanpa pelat...time berkumpul sedara mara raya haritu adalah nenek saudara (kakak saya) menegur..*stoplah ammar makan apa byk2 sgt nih* dengan selamba tangan menyuap dia bleh jawab *ammar dok (tak) kenyang lagi lahh* ..sadis kami sekeluarga mendengar jawapan dia....saiz baju kena beli baju saiz budak umo 6 tahun...pernah jugakler saya mencuba nak mendukung dia...huh! masyaallah...memang bleh sesak nafas....kekadang ketawa besar saya tgk dia berlari...terkedek-kedek...bila kata gemuk tak ensem dia bleh jawab * ammar ensemlahh* ...harap2 dah sekolah nanti susutlah berat badan dia.....

Thursday, November 1, 2007

Hero Heroin Ku Di Hari Raya

Fakhrul Aiman @ Yoyo mempunyai hobi melukis, bercita-cita nak jadi pelukis, Farhan Irman @ A'ang hobi gagal dikenalpasti harapan keluarga menjadi Imam Masjid & Tahfiz


arghh mengantuk lagi lahh...Farish Shahir @ Mamat, berusia 3 tahun mempunyai hobi berlari setiap masa, cita-cita nak buat aksi stunt dalam movie Hong Kong harapan keluarga bakal pemain bola sepak malaysia pertama di EPL


Amir @ Ngoh berbaju merah, hobi lepak diDapur sambil membuat cekodok ikan bilis, cita2 menjadi Chef terkenal.

Aleya tidak berbaju panas lahh... berusia 6 bulan , hobi blom dapat dikenalpasti.


Adif umur 8 bulan, hobi melalak cita2 nak jadi rockers, harapan keluarga carilah kerja lain adif toksahlah jadi rockers tuh....







Aina Najwa berbaju umur 5 tahun, dibesarkan bersama 4 org adik beradik lelaki dan 3 org sepupu lelaki, suka berseluar dan bert'shirt, hobi ajar org lain membaca walaupun diri sendiri tak berapa pandai.....

Abdul Karim darjah 2, hobi bercerita pasal binatang ternakan Tokki, cita2 mempunyai ladang ternakan lembu, kambing, ayam & kucing yg berjaya.


Ini Part 1 ada lagi anak cucu yang nak diperkenalkan....TO BE CONTINUE