Tanggal 21 Nov harijadi sahabat saya yang ke rasanya 18 kot hahhaha....dah 13 tahun kami berkawan dan sepanjang 13 tahun dialah kawan kongsi untuk bersuka duka gelak tawa, kongsi air mata ...kawan berlawan tarik rambut, gusti lenggan dan juga kawan yang saya biarkan ditumbuk org giler semasa kami ronda2 di kawasan KOMTAR Penang muahahahhaha..kami sama2 menderita bila memulakan alam pekerjaan....tapi sekuat & setabah saya....kuat lagi dia dan selepas 13 tahun hari ini kejayaan demi kejayaan berpihak kepada sahabat saya sorg nih...sayalah manusia paling gembira mewar2kan kepada semua yang sahabat saya dah mengeluarkan novel sampai ada yang bertanya *novel ko ke yg kluar sampai ko gembira sgt nih*...ntahlah pada saat saya melihat novel sahabat saya tersandar di rak kedai2 buku terdetik bangga di hati saya...tak ada pon rasa cemburu...sbb saya tahu bakatnya sejak dari dulu lagi...*diari kuning* menjadi saksi ayat2 puitis, ayat2 gler meroyan, semua ada...pendek kata kadang2 rindu pulak suasana di kolej biler balik bilik tengok diari kuning ada kata2 semangat yang ditulis membuatkan saya tersenyum...skrg pon saya masih mengulang membaca nota2 dalam *diari kuning* dan masih lagi mampu membuatkan saya tersenyum sendirian... ada jugak kawan2 lain yang kata *wahh glamer kawan ko skrg?* saya cuma menjawab *rezeki tuhan nak bagi hasil susah payah dia* sekarang pon saya dah mula buat promosi untuk novel ke 2 Lynn Dayana .....ehh ALaf nak part time marketing tak?
Mungkin cerita antara kami banyak berbeza dalam tempoh 13 tahun ini dan untuk hari yang mendatang tapi sahabat tetap sahabat selagi hayat di kandung badan, PERSAHABATAN ini takkan putus ditelan masa INSYAALLAH....
SELAMAT HARI JADI WAHAI ROSLINDA MOHAMMAD (SENAH) SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA DI SISI DAN SEMANGAT SENTIASA MEMBARA....
5 comments:
uwa... pagi2 aku dah nangis baca entry ni... Bnyk yg kita lalui kan? Thank you lah...krn bersabar dgn kerenah aku, krn jadi PR...Aku bersyukur! n diari kuning memang akan kekal dlm ingatan ya. Itulah titik mula, menjadi 'penulis' Hehehe, tq my friend!
menangis lah jika mahu tapi jgn lupa utk ketawa selepas itu....muhahahhahaha aku pulak yg sengal!
hehee....weekend ni kt jumpa ek...
insyaallah...btw do u get anything from sum1...muahahahha..bahana aku baca blog yg menghiburkan hati aku lah nih....
dong2 lah ko sue!
Post a Comment