Friday, January 25, 2008

Dari sudut pandangan akalku mengenai HCT

Bermula dengan sekeping kad undangan walimatulurus dari Hairi kepada 4 wanita (Qartini, Neesa, Yus & Sarah) yang mengimbas kembali kenangan 5 sahabat (tambah sorg lagi Ain) di USM. Kisah Qartini & Ain yang ‘betting’ untuk menawan hati Hairi yg sememangnyer popular di kampus dan Ain Berjaya!. (The best woman Wins)

Di kalangan 5 sahabat ini, Ain paling menonjol dan paling disayangi . Qartini pula lebih bersikap low profile banyak memendam rasa, Sarah pula digambarkan bermulut agak cepular tapi baik hati dan dibesarkan di rumah anak2 yatim, Yus nih tomboy dan Neesa gadis biasa jerk masa kat kampus.

Watak-watak dalam novel HCT diperincikan mengikut bab. Ala2 novel Jodi Picolt, My sister Keepers gitu…Cuma watak Ain terus menjadi misteri, mungkin lebih berperisa jika watak Ain diberi lebih ruang keranaMu Ain konflik 5 sahabat tercetus. Tapi aku geram sungguh dengan Qartini degil & EGO sungguh! Hehehe…dan Sarah pulak disaat2 akhirnya pun masih lagi menyimpan dendam kesumat terhadap Qartini. Yus yang brutal tiba2 hampir menyerah cinta kepada suami orang (ada ke wanita setabah Jannah yang sanggup berkongsi kasih mungkin ada cerita disebaliknyer – mulalah terbayang Amir nih bernafsu besar kot! Hehehe). Neesa pulak hampir menjadi mangsa kepada suami yg mengalami tekanan perasaan (awatlah Hakim tak berterus terang dari awal kat Neesa tapi kalau takder konflik tak berkembanglah pulak watak Neesa..hehehe)..Hairi pulak takderlah konflik sangat cuma hatinya masih ada ruang untuk Qartini (kalaulah aku ditempat Azrin mesti rasa curiga + muak jugak)

Dari segi komersial LD mewujudkan watak Eric yang tak pernah berputus asa memenangi hati Qartini….begitu berdrama bila Eric ke kampung Qartini berjumpa mak & atuk Qartini dlm usaha nak memikat Qartini (wa caya lu beb! Kalau ada lelaki mcm nih nak pikat wa hehehe)..nih salah satu marketing strategy nih dgn wujudnya watak Eric. Watak2 antagonis digambarkan melalui watak Hajjah Fatimah (uishh mak aji benci sungguh dengan cucu) serta beberapa watak lain mcm Mak Ngah, Yati dan tak lupa juga Razib.

Nampak gaya novel ke 2 LD nih kurang loyar buruk ..tapi still ada yg menggeletek hati especially dengan teka-teki Raihan..dan HCT menunjukkan kematangan LD menulis melalui part2 menyayat hati…leleh jugaklah aku…pastu banyak dialog2 bahasa inggeris maybe LD akan pertimbangkan utk menulis novel Inggeris utk next project!..kerana bagi diriku part2 melibatkan Hati & Perasaan lebih mudah diungkapkan dalam bahasa inggeris....cewahhhhh!!

Off course lah novel2 Alaf 21 semua berakhir dengan Happy Ending tapi aku suka ending bila anak2 mereka berkumpul dan timbul satu pertanyaan adakah nasib Adilla seperti Qartini terpaksa menyerahkan Hariz Suffian kepada Dina…jeng2..…dan secara tak langsung bab terakhir memberitahu pembaca Yus akhirnya menerima Kamal sebagai suami melalui kemunculan watak Balqis.

Cuma tak puas hati watak Ain terus jadi misteri…nak jugak tahu macam mana kawan yang digelar berhati EMAS nih bleh mengandung anak luar nikah. Adakah dia dirogol macam mak cik Asiah? Ataupun dia mempunyai hubungan degan lelaki lain selain dari Hairi…Misteri LD lah….


10 comments:

Rinn said...

amboi boleh serah2 ker hariz sufian tu.. kena tengok dulu orgnya macam mana.. kalau jenis nak cari bini, mungkin dia pilih Adila.. kalau nak cari awek mungkin dia pilih dina la kot.. tapi jgn lupa ada byk calon2 lain yang sesuai, sofea ngn balqis tu ada gak.. err ada sebut ke Balqis bt. Kamal? hehe..

Kematian Ain macam dipalsu kan saja kan?

Sue said...

mmg tak sebut Balqis bt Kamal tapi aku rasa ada mention kan Balqis anak mama yus....

ntah2 Hariz Suffian dah ada *Su* hahahah iyerlah umo dia dah 32 th mesti ada awek dahh...

tulahh aku tak puas hati dgn Ain tuh...munculnyer sekejap utk diberitahu dah meninggal accident

Lynn Dayana said...

haha teruslah berteka teki!

Rinn said...

uih.. blog ko tukar cat ker?

sueaiilee said...

aku nak letak chat box tak lekatlah rinn..camana ekk aku dah lupa hhahhaha

Rinn said...

haha tak lekat! ko kena tuko brand gam.. lagipun aku mana la reti benda2 mcm nih.. aduih

sueaiilee said...

dah boleh lah rinn

Rinn said...

ke mana ko pegi sepi tanpa beritatata

sueaiilee said...

aku mencari ruang utk mengenali diri aku sendiri....cewahhhh

Rinn said...

harap2 kau dah jumpa apa yg kau cari. welcome back :)