Wednesday, March 26, 2008

Macam2...

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.

Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.
“Menyedari gigi palsunya tercabut, wanita berusia 17 tahun itu panik dan mencari-cari di sekeliling tetapi tidak berjumpa sebelum mangsa memberitahu dia tertelan gigi palsu berkenaan,” katanya.
*muda2 gigi dah rosak yerk...penyakit sosial dah makin parah separahnyer*

3 comments:

Rinn said...

Penyakit sosial golongan remaja.. macam mana yer kiter nak sandarkan negara kepada generasi ini lagi 20-30 tahun. mcm aku ada mention dalam review Qaseh Qaisy, perkenalan melalui sms tu.. ada peristiwa sebenar yang memilukan. Perkenalan melalui sms mempertemukan si gadis di tahun dua IPT dgn seorg jejaka yang rupa2nya membawa lagi 8 rakan dan memperkosa gadis tersebut. aku teringat kepada kata2 "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"

sueaiilee said...

ntah lah rinn....masalahnya skrg bukan skdr golongan remaja...golongan tua bangka pon ada yg tak sedor2 diri...alahaiii

Rasha_rz said...

Rin. itu juga yang kak ila rakutkan. sebab itu di dalam novel QASEH,QAISY ada dialog2 yang menyuruh mereka berhati2 dan jangan sesekali mempercayai teman siber mereka. sampaikan hingga berakhir pertemuan, Qaseh langsung tidak menjamah apa2. dan perkenalan begitu lama (hampir setahun) baru berani bertemu. itu pun berteman dan sentiasa ingat pada diri dan keadaan. TAKUT...