Saturday, May 31, 2008

Misha Dalam Kenangan

Misha.....
Gerak-gerimu sentiasa menjadi gelak tawaku
Kau sentiasa hadir ketika aku bersedih
Kau sentiasa menemaniku ketikaku kesunyian
Kau yang mengejutkan lenaku
kau yang sudi membelaiku
Kau yang sentiasa sudi menyahut panggilanku
Walaupun hidupmu tertekan
Sentiasa dibayangi ketakutan
Kerana ada juga yang tidak menyenangi kehadiranmu
Namun kau tetap tabah Misha
Kau Kenal siapa musuhmu Misha
Kau Kenal siapa Kawanmu Misha
Walaupun ada yang lebih cantik darimu
Aku tetap menyayangimu Misha
Kerana bagiku kau terlalu istimewa
Namun perhubungan kita tak berpanjangan Misha
Kau pergi meninggalkan aku
Namun takdir telah menentukan segala-galanya
Kenangan bersamamu takkan luput dalam ingatanku

To :- Carlitos, PakTam Duda, Abeng, Mak Enon....semua ini makhluk ciptaan Tuhan yg amat istimewa di hatiku

P/S: Misha seekor KUCING yang amat aku sayangi....

No comments: