Monday, December 31, 2007

Impian & Harapan 2008

  1. Pekerja paling efisen
  2. Kelas Mandarin
  3. English & Account
  4. Kelas Mengaji
  5. Berenang kuak lentang
  6. Tambah kereta
  7. Berimej Baru
  8. Ramaikan kawan2
  9. .........
  10. .........

Insyaallah semuanya akan direalisasikan....

SELAMAT TAHUN BARU

Wednesday, December 12, 2007

Jalan2 dgn Rinn Haney Koma

Diapit oleh Rinn Haney Koma dan adiknya...apa nama ntah adik Rinn lupalahh tanya Rinn lah..adik bongsu Rinn..

Rinn dengan adiknya berpimpingan tangan menuju ke Eye of Malaysia...tak mau jalan depan Rinn sbb dia nih suka ambik gambo candid...



angka..sawan...nak naik kapal SOYA...







Date : 9/12/2007
Thanks Rinn..ajak jalan2 sambil makan2 sambil bersembang pastu dapat samprit & cok' peneram dengan diiringi pantun 2 kerat (takdan nak pikiaq hak 4 kerat lah):
Gatal2 Daun Keladi
lain kali ajaklah lagi....

Friday, December 7, 2007

Enchanted

Hari rabu lepas dapat tengok movie nih kat OU TGV, show pukul 7.10 pm tapi mesti setart dlm kul 7.30 pm gak so dah budget time sempat gi sembahyang maghrib dulu...dari opis kul 6 lepak kat MPH pastu terdengar 2 org mamat tengah duk puji2 buku Lily Haslina (MKM) & Liliy Suriani (ANC) best...katnam jugak aku nih hehehe...agaknya mamat 2 org nih suka dengan aweks nama lily.....nak review pasal movie tidakler pandai tapi cerita nih best & tak logik tapi sesapa yg suka berfantasi gilah tengok sendiri...btw soundtrack dia mmg best...paling suka Ever2 After by Carrie Underwood!

Start a new fashion
Wear your heart on your sleeve
Sometimes you reach what's realest by making believe
Unafraid, Unashamed
There is joy to be claimed in this world
You even might wind up being glad to be you
Ever ever after
Though the world will tell you its not smart
Ever ever after
The world can be yours if you let your heart believe in ever after
No wonder your heart feels its flying
Your head feels its spinning
Each happy ending's a brand new beginning
Let yourself be enchanted
You just might break through to
p/s: partly of the Ever2 After lyric nak full lyric cari sendiri ahh :)

Wednesday, December 5, 2007

Hari Ini

Hari ini ko datang riang tersenyum buat ku senang
kau hias dirimu membuat hati bertambah sayang



Ntah apa ribut puting beliung mana datang 2-3 hari ni dibibir mulut bermain2 lirik lagu kat atas nih nak kata kena loteri, amender loteri tuh pon tak pernah tengok, nak kata dipinang orang tak jugak, nak kata dapat bf pon TIDAKKKKKK!

Life Goes ON...

Thursday, November 29, 2007

Optimis

"ko ni kan terlalu optimis bila sebut hal kahwin"


iniler kata2 seorg kawan kepada sy. kami berbahas pasal isu kahwin dia cuba nak kenalkan seorg duda anak 4 yang baru bercerai tak sampai setahun kpd sy. katanya lagi duda ini seorg yg berjaya, berkulit putih, rendah katanya lagi kalau sy nak bercakap dgn sang duda tak payah mendongak! cukup detail explanation pasal fizikal sang duda tapi sy jawapan sy ringkas TAKPER! then kawan sy tanya lagi org yg macam mana sy pilih...
Bukan status yg ku pandang (tapi kalau laki org nauzubillah...)bukan kekayaan yg kupilih bukan warna kulit or kependekkan yg ku dongak tapi keserasian yg kucari...!
kepada KawanKu itu rentikanlah cari jodoh untuk aku....pikirkan untuk diri sendiri sudah..tak perlu pikir untuk diri aku. Aku tahu jalan mana nak aku tempuh jalan sempit ka jalan bukit bukau ka gunung ganang ka, highway ka, federal highway ka!

Wednesday, November 28, 2007

Serba Salah


aiehhh arini rasa mcm serba tak kena, duduk salah berdiri salah...semuanya serba salah......bila sy diam dikata sombong bila sy bercakap dikata kasar aka cakap lepas bila sy formal macam serius bila sy jokes dikata mengarut....bila tak dihubungi dikata lupa kawan bila dihubungi dikata untuk menyakiti hati kawan...payahh sungguh!

Monday, November 19, 2007

Happy Birthday

Tanggal 21 Nov harijadi sahabat saya yang ke rasanya 18 kot hahhaha....dah 13 tahun kami berkawan dan sepanjang 13 tahun dialah kawan kongsi untuk bersuka duka gelak tawa, kongsi air mata ...kawan berlawan tarik rambut, gusti lenggan dan juga kawan yang saya biarkan ditumbuk org giler semasa kami ronda2 di kawasan KOMTAR Penang muahahahhaha..kami sama2 menderita bila memulakan alam pekerjaan....tapi sekuat & setabah saya....kuat lagi dia dan selepas 13 tahun hari ini kejayaan demi kejayaan berpihak kepada sahabat saya sorg nih...sayalah manusia paling gembira mewar2kan kepada semua yang sahabat saya dah mengeluarkan novel sampai ada yang bertanya *novel ko ke yg kluar sampai ko gembira sgt nih*...ntahlah pada saat saya melihat novel sahabat saya tersandar di rak kedai2 buku terdetik bangga di hati saya...tak ada pon rasa cemburu...sbb saya tahu bakatnya sejak dari dulu lagi...*diari kuning* menjadi saksi ayat2 puitis, ayat2 gler meroyan, semua ada...pendek kata kadang2 rindu pulak suasana di kolej biler balik bilik tengok diari kuning ada kata2 semangat yang ditulis membuatkan saya tersenyum...skrg pon saya masih mengulang membaca nota2 dalam *diari kuning* dan masih lagi mampu membuatkan saya tersenyum sendirian... ada jugak kawan2 lain yang kata *wahh glamer kawan ko skrg?* saya cuma menjawab *rezeki tuhan nak bagi hasil susah payah dia* sekarang pon saya dah mula buat promosi untuk novel ke 2 Lynn Dayana .....ehh ALaf nak part time marketing tak?



Mungkin cerita antara kami banyak berbeza dalam tempoh 13 tahun ini dan untuk hari yang mendatang tapi sahabat tetap sahabat selagi hayat di kandung badan, PERSAHABATAN ini takkan putus ditelan masa INSYAALLAH....






SELAMAT HARI JADI WAHAI ROSLINDA MOHAMMAD (SENAH) SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA DI SISI DAN SEMANGAT SENTIASA MEMBARA....

Friday, November 16, 2007

Harapan Setinggi Langit Ke Tujuh

Bila berkunjung ke Blog Lynn Dayana akan berkumandang lagu yang ada bait2 lirik

And I hope you are the one I share my life with

And I wish that you could be the one I die with

And I pray in youre the one I build my home with

Tinggi sungguh harapan sampai kalau mati pon ingin bersama. Gitulah harapan seorang perempuan (A bukan nama sebenar) yang diceritakan oleh kawan saya . A yang berkejaya remarried tapi ditinggalkan suami (B lelaki BAHLOL) yg baru dikahwini tanpa khabar berita dan yang paling haru duit mas kahwin dalam bentuk cek rupanya cek tendang...pastu yang lagi sadis segala perbelanjaan masa nikah guna kad kredit si A. Si A pulak seblom nikah selalu bercerita kata bakal suami seorang millionaire...macamana dapat gelaran millionaire tak tau lah sampai nak menikah pon suruh perempuan yang tanggung...A ni pon ada sikap suka mengutuk suami teman2 sepejabat macam2 lah dikutuknya gemok lahh, pendek lahh, katik lahh pendek kata mulut dia mmg takdek insurans ikut sedap mulut..bila dah jadi kat dia terpaksalah berlakon kat ofis kata dia bahagia dengan suami yg hilang tanpa khabar berita tapi bila di rumah meraung sampai tak cukup air mata. Mana tak kering air mata dah lah laki hilang hutang pulak yang kena tanggung setinggi gunung! hilang millionaire muflis yang dapat.

Teringat pula kisah di blog kak Lily Haslina yang habis madu sepah dibuang, isteri pertama kering air mata bersusah payah untuk suami...bila dah senang cari yang lain...senang sungguh. Bila dengar kisah2 gini fobia pulak rasa tapi saya tahu tak semua lelaki jahat..

Moral: mulut tuh kalau ada duit lebih belilah insurans jangan sesedap mulut mengata orang bila dah kena kat batang idong sendiri barulah menangis sumbang mambang tak ada lagu - ini pengajaran paling berguna untuk A bukan nama sebenar.

Monday, November 12, 2007

Jalan-jalan Cari Pengantin

Hari sabtu (10/11/2007) saya, nito & cikitas ke Kampung Paya Jauh, Temerloh menghadiri majlis perkahwinan kawan zaman persekolahan menengah (Form 1 to Form 5) Mohd Faisal & Isteri. TETAPI yang paling best masa zaman sekolah saya & faisal tak pernah bercakap memandangkan kami berlainan kelas dan sekolah kami ada 12 kelas untuk satu batch..dan group saya zaman skolah pulak dikenali sbg group *GANAS* ini kata faisal ler....masa remaja tak pernah berkawan tapi sekarang boleh bersembang macam adik-beradik pulak...masa telah merubah segala-galanya. TAHNIAH untuk pengantin semoga kekal ke akhir hayat.

Seri wajah seorang Pengantin...

Wednesday, November 7, 2007

Bintang Singa





Singa antara binatang yang paling dominan dan selalu pulak dengar *ishh garang macam singa*.....aku pulak dibawah zodiak SINGA dan dah banyak kali dapat komen:-

1) ko nih garang lahh macam mana orang nak rapat
2) akak cuba lembut sikit..garang sangat takut orang lain
Betol ke perangai seseorang berkait dengan zodiak..ntahler wallahuaklam...tapi bagi aku kalau dah tahu ada sarang tebuan jangan ler gatal nak gi kacau...tak gitu!

Monday, November 5, 2007

Little Sumo Lahh...

Ammar pasrah!


Hi Girlss! dun u think I'm ensemm? anybody interested pls contact my lovely *toksu*! hahahha






inilah dia cucu sedara saya Ammar Firdouse umur baru 3 tahun tapi berat badan dah mencecah 17 kg...sihat memang sihat..payah nak kena demam, payah nak kena selesema dengan selera makan yg bila makan payah nak berenti...pantang tgk makanan mesti mintak nak makan...hobi dia selain makan mengusik sepupu perempuan yg sebaya dengan dia memang pantang lepa..mesti ada yang menangis....dahlah kuat makan bercakap pon boleh tahan keletahnya tanpa pelat...time berkumpul sedara mara raya haritu adalah nenek saudara (kakak saya) menegur..*stoplah ammar makan apa byk2 sgt nih* dengan selamba tangan menyuap dia bleh jawab *ammar dok (tak) kenyang lagi lahh* ..sadis kami sekeluarga mendengar jawapan dia....saiz baju kena beli baju saiz budak umo 6 tahun...pernah jugakler saya mencuba nak mendukung dia...huh! masyaallah...memang bleh sesak nafas....kekadang ketawa besar saya tgk dia berlari...terkedek-kedek...bila kata gemuk tak ensem dia bleh jawab * ammar ensemlahh* ...harap2 dah sekolah nanti susutlah berat badan dia.....

Thursday, November 1, 2007

Hero Heroin Ku Di Hari Raya

Fakhrul Aiman @ Yoyo mempunyai hobi melukis, bercita-cita nak jadi pelukis, Farhan Irman @ A'ang hobi gagal dikenalpasti harapan keluarga menjadi Imam Masjid & Tahfiz


arghh mengantuk lagi lahh...Farish Shahir @ Mamat, berusia 3 tahun mempunyai hobi berlari setiap masa, cita-cita nak buat aksi stunt dalam movie Hong Kong harapan keluarga bakal pemain bola sepak malaysia pertama di EPL


Amir @ Ngoh berbaju merah, hobi lepak diDapur sambil membuat cekodok ikan bilis, cita2 menjadi Chef terkenal.

Aleya tidak berbaju panas lahh... berusia 6 bulan , hobi blom dapat dikenalpasti.


Adif umur 8 bulan, hobi melalak cita2 nak jadi rockers, harapan keluarga carilah kerja lain adif toksahlah jadi rockers tuh....







Aina Najwa berbaju umur 5 tahun, dibesarkan bersama 4 org adik beradik lelaki dan 3 org sepupu lelaki, suka berseluar dan bert'shirt, hobi ajar org lain membaca walaupun diri sendiri tak berapa pandai.....

Abdul Karim darjah 2, hobi bercerita pasal binatang ternakan Tokki, cita2 mempunyai ladang ternakan lembu, kambing, ayam & kucing yg berjaya.


Ini Part 1 ada lagi anak cucu yang nak diperkenalkan....TO BE CONTINUE

Monday, October 22, 2007

Kisah Hari Raya yang Kesunyian

semakin lama semakin hilang kemeriahan hari raya untuk diri sendiri..mungkin usia dah makin meningkat..teman-teman nak menyambut raya bersama dah hilang satu persatu..aiehhh!..perjalanan balik kampung yg ambik masa 3 jam extra dari biasa pon tak terasa keghairahannyer semuanya hilang macam lagu Diddy...*dan hilangg.....* pepagi raya pon dah 3 tahun beraya tanpa mendengar suara membebel...yang ada suara bebelan gantian tapi tak sama...arghhh makin bosan betul2 rasa kehilangan.....macam 2 tahun lepas aktiviti wajib lepas ke masjid menziarah kubur...dah makin terbelakang pulak kubur arwah mok...hari2 ada org yang meninggalkan kita....lepas tu singgah ke rumah pakcik (abang sulung arwah mok) tengah busy bersiap untuk majlis kahwin anak dara dia yang baru tamat kursus Nursing....aihhh nak terima ahli keluarga baru...pastu ada pulak ringan mulut *awok biler lagi? bakper taknak kawin? cecepatlah kawin? nanti kenduri jadi pengapit lah mudah2 an cepat sikit*....arghhhhhhh!!! makin bosan..makanya korang kenduri lahh 26hb nih...amber (saya) takkan balik dengan alasan malas nak ambik cuti..cuti pon dah tak banyak....dan hari2 raya seterusnya saya terus kesunyian dalam keriuhan anak2 sedara melalak, meraung, mengamuk semua ada complete package!

Tuesday, October 2, 2007

Tagged MengeTagged

Tiba2 pulak saya di tag oleh cik puan Rose...aiehh dah lah tak reti nak menulis apa...lagi mau cerita tentang diri saya kang tak pasal ada pulak part * naik lif tekan sendiri..* tapi takper kalau tak puji diri sendiri sapalah lagi yang sudi nak memuji diri saya huhuahuahuahua...kena yakin dengan diri sendiri! Usaha Tekun Jaya (lagu sekolah saya dulu...)

1.) Aktif Bersukan

sukan ler aktiviti yang paling saya suka dari kecik sampai besor...kalau bersukan dapat berpeluh sampai basah baju luar & dalam memang puas hati sungguh lah..dari sekolah menengah sampai ke usm saya main hoki (ada kawan pernah cakap kalau nak cari sue pergi cari kat padang hoki sure ada hehehe)...dahi saya pon ada parut sebab hoki jugak...skrg bila dah bekerja hoki ditinggalkan tapi saya join futsal pulak, ada org kata saya ganas sbb suka dengan aktiviti sukan yg kasar..saya pon suka boling cuma tak ada geng so taklah involve sgt dengan boling...walaupun nampak energetic....tapi saya nih dalamannyer lembut huahuahauhauahua...tak percaya cuba test saya tengok rancangan bersamamu TV3..mudah melelehh...

2. Ada pusar dua atas kepala / Degil

dalam adik beradik saya cuma saya seorg yang ada pusar 2...sbb tulahh saya menjadi kesayangan dalam keluarga...yalahh anak bongsu yg istimewa lah katakan huhauhuahhua (kan dah kata ni malas nak cerita hal diri sendiri nih)..tetapi kebanyakkan anak2 sedara saya yg lelaki mostly ada pusar 2 ...sampai 3 pon ada...arwah mak saya pernah kata...menurun dari saya huhuhu.

3. Saya ni Pemalu tapi mudah mesra

hahahhaha yang nih memang betol saya memang pemalu especially dengan org2 yang baru saya kenal pastu ensem plak tuh..pernah saya bermain mata dengan seorg jejaka ensem di kedai mamak..siap berbalas senyuman...tapi bila bertembung dengan jejaka yg sama di tempat lain...saya jadi malu..panas jerk muka saya....kategori berani bila beramai-ramai....saya ni kategori lambat nak panas engine tapi bila dah panas hah! memang payah nak berenti...

3. Penyayang dengan budak-budak

saya memang suka dengan budak2 kecik especially babies..saya ramai anak sedara...dan saya pon dah bergelar nenek kepada 6 org cucu...wahh nenek rugged gitu...semua anak2 sedara yg kecik dan cucu2 saya manja dengan saya. Tak taulah macamana bila anak sendiri kot2 terbalik huhuhu

4. Suka mengemas rumah

Saya memang suka mengemas...terapi untuk saya..kalau kipas kat rumah saya pantang nampak ada hitam2 mesti saya ambik tangga panjat & lap...pernah masa tinggal dengan kawan2 kipas angin roomate saya pon saya tolong cucikan...ntahlah saya rasa tak selesa bila tengok kipas berabuk w/pon bukan kipas saya..kalau lantai umah pulak saya akan mop setiap minggu..kalau tak sempat buat waktu siang...tengah mlm saya sanggup mop rumah...kalau angin puting beliung saya datang tiba2 pernah pukul 1 pagi saya tukar langsir rumah. katil saya plak akan dipastikan sentiasa kemas kecuali waktu saya tido lahh..

5. Saya seorang yang selamba

ada kawan saya kata saya jenis kategori muka selamba macam tak berperasaan...sebenarnya saya bukan tak berperasaan tapi saya tengah berpikir camana nak menyelesaikan masalah sosial...hahahhahah...yg nih tak tau lah camana nak describe...tapi dulu masa dengan ex housemate saya yg jenis suka bercerita hal yang sama berulang-ulang....saya buat muka toye..last2 dia stop bercerita...tapi yg saya tahu dia mengadu kat org lain yg saya ni jenis tak berperasaan...masalahnya dah hilang deria rasa saya bila asyik dengar cerita yg sama...

6. Panas Baran tapi cepat sejuk

Ini memang sifat negatif saya yg sampai sekarang saya tengah mencuba untuk mengawalnya...tapi kalau kena dengan org yang memujuk saya tak sampailah 2 minit saya mengamuk mmg cepat cool...kawan rapat saya tahu macam mana nak pujuk saya...

7. Tak suka memandu

inilah perkara yang kalau boleh saya tak nak buat....tapi suka tak suka saya kena buat jugak! dan saya kategori yang hanya tahu memandu...kereta ada problem ke apa saya tak pernah ambik tahu...pernah kereta saya ada saluran tangki minyak ada masalah kebocoran..bau petrol menyelinap ruang saya boleh buat selamba...kebetulan kawan saya guna kereta saya dan notis kalu tak kluar surat khabar *wanita rentung bersama kereta*..tapi saya berangan nak memiliki honda jazz yiehaaa!

8. Suka lelaki yang selekeh

saya memang cepat teruja dengan lelaki yg berjeans koyak, rambut panjang tapi bersih lahh, bertshirt & bersliper....saya kurang minat dengan lelaki yang sentiasa bertug in tak kira waktu dan bertali leher walaupun jarum jam dah pukul 7 malam....saya sukakan lelaki yg unik macam Alang Rebus Tak Empuk dalam novel SUUN...itulah lelaki idaman saya...selamba tapi penuh emosi...

Adeihh harap2 takder yang muntah darah yer....takder sapa lah yg nak kena tag

Monday, September 24, 2007

Berbuka Puasa utk Merapatkan Silahturahim...

Semalam saya menjemput jiran tetangga dan kawan2 rapat saya berbuka puasa di rumah. Walaupun penat menyiapkan hidangan berbuka tapi hati saya amat puas kerana dapat berbuka beramai-ramai dengan suasana yang AMAT MERIANGKAN & HARMONI. Mungkin berkat bulan Ramadhan..Alhamdulillah dapat juga saya merapatkan semula hubungan yg makin jauh...lega sungguh hati saya....
Mudah-mudahan semalam menjadi pembuka jalan untuk hari-hari seterusnya...INSYAALLAH...

Tuesday, September 11, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci membina
mengambil masa meruntuh sekelip mata


Ramadhan Hampir Tiba
Tiada kata yang layak di ucapkan
Kecuali mohon kemaafan atas segala kesalahan yang tiada di sedari
Dan
Dengan Ikhlas mengucapkan Dan Diringi dengan doa

Have a Nice Ramadhan


Thursday, September 6, 2007

Kedamaian DiCari




aiehhh....


Tuesday, September 4, 2007

Bila Kesunyian Melanda

  1. Di rumah walaupun jiran sebelah menyanyi mcm katak panggil hujan mahupun jiran bawah menumbuk sambal tak kira waktu sampai terasa bergegar otak..tetapi tetap terasa sunyi
  2. Di office disebalik bunyi suara bos, talipon dan rakan sepejabat tetap sunyi..
  3. Di shopping kompleks dicelah-celah ramainya manusia sibuk bershopping tetap sunyi...
  4. Di atas jalan raya bersama-sama menyertai kesesakkan jalan raya aiehhh sunyi jugak
  5. Tido malam terjaga ditengah subuh hening....lagilahh sunyi...
  6. Di waktu pagi tengah bersiap untuk ke office....alahaiii sunyi tetap terasa....
  7. Di kawasan parking kereta mendengar enjin kereta berbunyi masih sunyi..

Inilah kehidupan macam roda berputar sekejap di atas sekejap di bawah. Kekadang happy selalu sedih....jarang2 meriah selalu sangat sunyi sepi...namun syukur kepadaNYA dikurniakan pancaindera yang sempurna dan akal fikiran cekal melawan arus...

Saturday, August 25, 2007

WorkStation

Hallo...

Ini meja kerja saya ketika bersenang-lenang...takder apa2 yg istimewa kalau org lain letak bermacam jenis gambar & perhiasan..saya mmg takder maknanyer nak letak semua tuh..takkan nak letak gambo sendiri..gilerr apa nak tengok muka sendiri itu dah namanya syok sendiri...pastu nak letak gambar kekawan..soriler tak kuasa ehh nak tgk muka kengkawan yg boleh dikatakan setiap hari jumper.....

Sepanjang minggu saya memang teramat sibuk dengan kerja..maka meja saya tiada lagi rupa di sebelah...keadaan dah bertukar macam kapal karam dilanda ribut. Bercerita pasal kerja...dah bercampur aduk kerja yg saya kena buat....dah naik pening..bekerja di Engineering Firm nih walaupun saya bukannyer Engineer maupun QS tapi saya dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan BQ ( ini kerja QS...)...kelam kelibut dibuatnya mencari quotation itu dan ini...dah naik juling mata melihat angka2....dan yang paling seronok bos pulak tengtiba mengarahkan saya study layout plan utk projek di South Africa...siap cakap tuh ...*come sue I teach you to be an engineer* lawak slumber btol lah bos nih...dah lah setiap pagi belom sempat letak punggung dah disuruh siapkan report secepat mungkin...Quote dari bos *Engineer always think square* ntah apa maksud dia *wo pu che taw oooo*...dan bos saya jugak selalu berkata *Engineering is common senses only*.....ya... common senses..dia tak tau setiap kali meeting otak saya jenuh pikir amenderr lah yang dia org cakap...bab2 teknikal.....inilah nasib bila PA dilatih menjadi Engineer.....

Friday, August 17, 2007

Berikan Aku Cinta


Terbelenggu cintamu
Terhempasku di dalam pelukanmu
Bermandikan air surga
Membasuh jiwa
Menghempaskan seluruh dahaga

(I)Dekaplah tubuhku kasih
Bawalah aku melayangBersamamu
...Menyusuri ruang hati
Yang penuh kasih
Berhiaskan cinta abadi


Reff :Berikan aku cinta yang suci
Yang terdalam dari hatimu
Berikan aku kasih putih
Yang tulus darimu


Back to : (I),

Reff
Selalu ku berharap
Semuanya abadi





Quote : Tajuk lagu nih adik beradik dengan novel Puan Rose :) pastu semenjak 2 menjak nih ada sorg kawan tuh asyik bercerita pasal CINTA...sesuai sungguh jadi motivator utk PENCINTA...

Thursday, August 16, 2007

Bercerita mengenai Hobi

Hobi @ hobby kalau ikut terjemahan saya sendiri sesuatu perkara atau aktiviti yang suka dilakukan. Selalu dalam mana2 borang waima borang mintak kerja pon akan ditanya mengenai hobi. kalau masa sekolah dulu bila cikgu tanya apa hobi awak mesti dijawab *suka membaca* padahal balik rumah kena paksa barulah cari buku...ini sayaler kalau org lain mungkin lain peelnyer...mungkin sekarang semenjak fenomena MAWI dgn Datuk CT kalau tanya budak2 mesti ada yang menjawab *my hobby is singging*....welawehhh braper punyer ramai darr penyanyi pastu bila album tak laku salahkan cetak rompak lahh...peminat taksub dengan artis2 luarlah...mcm2 lah tapi kalu dah tak pandai menari takyahlah nak kata papan tuh tak rata yer..dakkk? pastu mana2 yang bercinta pulak masa awal2 langkah..bila yang teruna tanya *awak pandai memasak tak?*...si Dara dengan confident menjawab *memasak tuh memang hobi saya...* (padahal yang sebetulnya bila kat rumah semua mak yang masak suruh masuk dapur ponn malas....)


Antara Hobi yang agak Klise

Membaca

  • ini kalau bebetul mmg menguntungkan cth novelis2 muder yg tak braper muder skrg ni...

Melukis

  • ini pon boleh dapat byk imbuhan kalau bebetul fokus....cuber tgk kat galeri lukisan nampak macam diconteng2 ajer tapi harganya fuhh lumayannn

Memasak

  • ini punya hobi kalau yg dah bersuami bukan hobi dahh...tapi terrrrpakser dalam rela...mcm senyuman dalam tangisannnn...gituu..tambah2 yang ada mertua cerewet lagi ler...


Mengemas

  • abistu kalau tak mengemas maknanya rumah bakal ada binatang2 peliharaan yang tak berkenaan ler..takpon semua barang2 bertukar jadi barang antik walaupun dibeli dari IKEA.

Window shopping

  • kalau saya takder maknanyeer window shopping...kalau dah ke shopping complex tuh bermakna terbang ler duit...tak boleh dipandang sepi jerk nanti balik menyesal ooooo


Melancong

  • memanglah seronok dapat tengok negeri or negara org tapi...perlu banyak ongkos gitu...lepastu kalau gi sorg2 pon tak syokk juger mesti berteman...

Bersukan

  • hah ni mmg favourite saya...ntah ler dari kecik sampai besor mmg suker bler dapat berpeluh sampai basah luar & dalam...kalau masa blajar bersukan sampai hitam legam kulit muka pon tak kisah skrg dah berbeza...bertukar kepada indoor games lah pulak..iyerlahh nak jaga gak kulit2 yang makin remaja nih

Memancing

  • ini hobi untuk lelaki yang nak mengelak dari mendengar bebelan isteri bler duk kat rumah...so pada kaum isteri dinasihatkan kurang2 lah membebel kang nanti ikan tak dapat lain yang dipancingnyer....

2, 3 hari lepas saya ada menyuarakan rasa hati nak mempunyai hobi baru iaitu MEMASAK & MEMBUAT KUIH kepada seorg *teman* dan saya memerlukan stove baru & sebiji Microvave Oven (hehehehe blom apa2 dah memacam permintaan)...memandangkan puasa pon dah dekat so saya ingat ingin mencuba membuat kuih walaupun hanya untuk santapan saya seorg diri mungkin kalau hujung minggu ada *sahabat* tersesat ke rumah saya bolehlah dijamu sekali...(kuang 3X)....dan sesekali mengajak *teman* saya untuk makan memandangkan salah satu permintaan saya telah ditunaikan dengan segera...kalau nak ajak jiran tu seganlah pulak sbb jiran2 saya mmg pakar memasak. Malam tadi saya dah memulakan langkah pertama menyediakan ayam masak merah hehehe...bila saya makan saya gelak sorg2 terasa lucu pulak sbb tak percaya saya pon boleh memasak (masuk bakul angkat sendiri)....maklumlah anak bongsu bler kat kg apa nak dimakan sebut sajer..mesti kakak kesayangan saya akan sediakan...dan saya akan memerhatikan dia memasak sambil mendengar mulutnyer membebel hehehe...

Tuesday, August 14, 2007

Nak Berpantun

Naik Sampan Ke Batu Kikir
Mencari Bahan Membuat Tauhu
Senyum Di Bibir Sentiasa Terukir
Luka Di Hati Siapa Yang Tahu

Sungguh Enak Tauhu Sumbat
Dimakan Bersama dengan Kicap
Agar Diri Menjadi Kuat
Perkataan Sabar Sentiasa Terucap

Saturday, August 11, 2007

Kekasih GelapKU - UNGU


Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku

Thursday, August 9, 2007

Kerja dan Kerja dan Kerja...

My SeeFoo said :"u have to start plan for your business trip to Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang & Terengganu...please gather all the info of these states and next month I want ur team to be proactive to meet relevants people related to our company business and please start to write a proposal how to approach them..ok.."

Me said : "who is in my team"

My SeeFoo said : "At this moment I want you to start alone 1st and soonest by end of this month u will have ur partner"

Me said : " ohh ok....(deep down in my heart said..ya u r the boss..aku kuliketif idop segan mati tak mau what to do follow sajalahh ur instruction...) but who will take care of our dept when both of us not around"

My SeeFoo said : " I will try to engage another 2 guys in our dept dun worry"

Me said: dalam hati (yalahh tu...kang aku atas jalan raya, tengah tido korg talipon tanya mana fail, contact no, etc") orait! (menjunjung titah perintah!)...(braper lama darrr cari new guys tak jumpa2..)

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................!!!

Tuesday, August 7, 2007

Musim Durian, Rambutan dan Panas...


Durian


Keindahan warna isimu menikam kalbu ku..TETAPI bau mu menusuk-nusuk ke lubang idong..tak tahan beb...






Rambutan

Banyak spesis rambutan pelbagai gelaran diberi ada rambutan "Budak Skolah" rambutan "laici" , rambutan "rakyat jelata"dan macam2 lagi..tapi yg pasti isi yang manis dan berair memang sedap dinikmati...arghh memang best


Kepanasan

Cuaca yang tidak menentu..terpaksa aku mencari ruang yang selesa untuk melelapkan mata barang sepicing dua ...memang nikmat terasa bila perut kenyang dapat tidooo..ishh nikmat duniawi...

Wednesday, August 1, 2007

Smiles to Everybody

*senyum...kepada semua, senyumanmu amatlah berharga*
Senyum & Tandanyer:-
  1. Senyum kambing - senyum tak mandi pagi
  2. Senyum sumbing - senyum sampai senget bibirnya
  3. Senyum simpul - senyum sampai kerepot bibirnya
  4. Senyum malu - mahu tapi malu
  5. Senyum sinis - senyum yang menyakitkan ati tak ikhlas
  6. Senyum lebor - senyum bangga sampai kembang kempis lubang idong...
  7. Senyum sorang2 - kadang2 membahayakan tapi selalunyer tak memudaratkan mungkin orangnyer sedang dilamun cinta

Tapi selalu kita dengar *senyum itu sedekah* jadi senyum2 lah selalu biar riang orang sekeliling kita.

Monday, July 30, 2007

Selamat Hari Jadi


To Puan Aziana & Puan Aziani...

Saturday, July 28, 2007

Outspoken VS Cakap-cakap Belakang

Which one u prefer?
saya lebih kepada *outspoken* ....saya mudah menyatakan segala rasa ketidakpuasan hati saya..dengan harapan segala kekurangan akan diperbaiki...dan belajar melalui kesilapan...tapi inilah sikap saya yang menjadi kebencian orang2 di sekeliling saya...
Why??
mungkin sikap segelilintir manusia yang tidak dapat menerima teguran dan menganggap bahawa diri mereka adalah manusia yang sempurna (100% perfect). Dan menjadi asam garam hidup masyarakat KITA yang payah untuk diubah iaitu suka mengata di belakang...
Cara Mengatasi...
Lari dari orang2 yang suka bercerita keburukan orang ataupun matikan saja topik ketika mereka mula berbicara hal2 dalam kelambu orang lain...takpon paling berkesan JANGAN berkawan dengan org2 macam nih.....persetan kan lah dia orang nih...

Wednesday, July 25, 2007

Today is My Birthday

arini birthday yang ke ** hehehe...so nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak pernah melupakan tarikh saya menyambut hari tua..
especially To:
  1. Linda - sesungguhnya ko mmg tak pernah lupa ari aku meningkat umo semenjak kita kenal & thanks a lot utk adiah2 itu...
  2. Ana - eventhough jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati..ko pon sama tak pernah nak miss to wish aku
  3. KrollNazib - every year dapat reminder hehehe..tapi slalu slumber bler mintak adiah it's ok this year ada reason...demam lah pulak arini...hope u get well soon bebeh...lepas baik demam lah yer...
  4. Geng2 SMSSKT (Nito, Slemang, Zida, Ta & Noranisah) - banyak menceriakan hari aku
  5. Opismatess..- happy birthday diiringi soklan *biler nak kawin*...ni eden malas nak dengar nih...

But...tarikh ini jugak ..tarikh arwah mok saya meninggal... dan tahun ini bermakna sudah 2 tahun mok meninggal...Al Fatihah untuk Mok...masa berlalu begitu pantas...

Tuesday, July 24, 2007

Mencari Kedamaian


mphhh.......
mengeluh pandang jer lah....

Thursday, July 19, 2007

Nasib Belum Terlambat..

Nasib aku tak jadi camnih tau...haaaaaa....

Wednesday, July 18, 2007

Transformers



hehehe...lepas jerk aku tengok TRANSFORMER minggu lepas...tiap2 pagi otw gi kerja aku selalu berangan...berangan kembara aku bertukar jadi robot perkasa mesti syokk

Tuesday, July 17, 2007

LULUH

Saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai
sebenarnya aku tlah berharapku
kan memilki dirimu selamanya

segenap hatiku luluh
lantakmengiringi dukaku
yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu
tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

inginku yakini cinta ta kan berakhir
namun takdir menuliskan kita harus berakhir

segenap hatiku luluh
lantakmengiringi dukaku
yang kehilangan dirimu
sungguhku tak mampu
tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmuohh..ohh...

ku tak sanggup merelakanmu...ohh...ohh...ohh..
segenap hatiku luluh
lantakmengiringi dukaku
yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu
tuk merendam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Kebosanan...

Kenapa aku bosan?

1) Tak ada kawan
2) Duduk sorang2
3) tak ader teman untuk berbicara
4) kat office tak ada kerja mencabar minda
5) patut ada meeting dgn supplier tapi tak sampai2 janji melayu betol
6) bos outstation
7) bos pon bosan
8) Office pon bosan
9) rumah pon bosan
10) semua hal membosankan aku...

Kesimpulannya : aku memang manusia yang membosankan semua orang

Friday, July 13, 2007

Testing

Testing